JPP Sabah Berjaya Selesaikan 85% Daripada Aduan Awam – Bung

Bung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 877 aduan awam diterima Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sabah sehingga Disember tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 85 peratus aduan awam telah berjaya diselesaikan manakala baki 15 peratus sedang dalam proses untuk diselesaikan.

Berikutan itu, Bung meminta supaya warga kerja JPP Sabah supaya menggandakan usaha dan komitmen untuk memantapkan lagi operasi pembetungan di Sabah agar lebih lancar dan terurus sekaligus menjamin kesejahteraan rakyat.

Di samping itu, kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga sistem pembetungan juga agak kurang dan JPP Sabah perlu mengambil pendekatan sesuai selari dengan cabaran semasa untuk meningkatkannya.

“Kesedaran orang awam juga amat penting tentang kesan dan akibat daripada pembuangan sampah, lemak, gris dan minyak ke dalam sistem pembetungan kerana ia menyumbang kepada masalah pembetungan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2020 yang diadakan dekat sini malam kelmarin.

Turut hadir Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury; Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Datuk Mohd Jasmin Julpin; Pengarah Perkhidmatan Pembetungan, Jennieve Peter dan Timbalan Pengarah Sektor Operasi dan Senggara, Ir Mohd Nadzree Imran serta barisan Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Ketua Bahagian JPP Sabah dan Jurutera-Jurutera Pembetungan Bahagian dan Pegawai-Pegawai Kerja Pembetungan Daerah.

Dalam pada itu, Bung memberitahu antara punca yang turut menyumbang kepada permasalahan sistem pembetungan sehingga menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan lebih efisen adalah kerana terdapat beberapa aset pembetungan yang sudah uzur.

Beliau memberitahu, sistem pembetungan di Sabah yang sangat uzur dan ada sebahagian tidak berfungsi sepenuhnya memerlukan dana untuk dipulihkan dan dinaiktaraf bagi memastikan ianya dapat berfungsi seperti yang dirancang.

Justeru, perancangan yang sistematik bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang perlu disediakan dan dilaksanakan oleh JPP Sabah bagi memastikan Hala Tuju, Visi dan Misi jabatan tercapai.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top