JPEPS Rancang Pembangunan Ke Arah Jadikan Sandakan Bandar Raya Kedua Di Sabah

bung-7.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pembangunan  Ekonomi dan Pelaburan Sandakan (JPEPS) dibentuk  bagi memandu lonjakan seterusnya untuk menjadikan daerah Sandakan sebagai bandar raya ke dua  di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata jawatankuasa yang telah dipersetujui oleh Kabinet negeri ini berperanan dalam soal merancang dan melaksanakan program pembangunan daerah Sandakan yang lebih  bersistemetik dan berdaya maju.

Katanya, pembangunan ini akan terus dipacu oleh kluster-kluster ekonomi utama seperti pelancongan , perindustrian perniagaan tani dan pembangunan modal insan

“Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengumpul maklumat dan membantu kerajaan negeri  dalam perancangan pembangunan ekonomi dan pelaburan daerah Sandakan  selaras dengan usaha menjadikan Sandakan sebagai  majlis bandar raya  dan mencapai objektif hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan  mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut di Bangunan Umno Sabah di sini kemarin.

Mesyuarat itu turut dihadiri  Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam sekitar Datuk Jafry Arifin, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Mohamad Hamsan Awang Supain, wakil-wakil rakyat kerajaan, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Faridah Giau dan Timbalan Presiden II (MPS) Harun Arifin.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya  antara fungsi jawatankuasa tersebut adalah mengesyorkan kepada kerajaan negeri  semua projek pembangunan yang bepotensi  bagi pertumbuhan ekonomi dan peluang-peluang pelaburan untuk dimasukkan dalam perancangan pembangunan ekonomi Sandakan.

“Daerah Sandakan mempunyai pelbagai pontesi untuk dimajukan antaranya biodiversiti yang cukup menarik untuk sektor pelancongan, perindustrian dan lain-lain selain menyediakan sistem perhubungan jalan raya, bekalan air dan elektrik yang mencukupi untuk menarik pelawat dan pelabur melabur di daerah Sandakan,” katanya.

Justeru menurut Bung jawatankuasa yang dibentuk ini turut berperanan  menggalakkan dan memasarkan pembangunan  Sandakan sebagai satu lokasi perniagaan  dan pelaburan yang menarik selain turut memperkasakan daerah-daerah lain yang di luar dari kawasan majlis perbandaran seperti Beluran, Kinabatangan dan Tongod.

Tambah Bung perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan kelak sudah tentu memberikan kesan positif khususnya dari segi pertumbuhan ekonomi kepada Sabah termasuk daerah Sandakan

Beliau berkata perpindahan itu akan menyaksikan banyak pembangunan dilaksanakan di Kalimantan termasuk pembangunan infrastruktur.

“Oleh itu kita yang berhampiran dengan mereka, sudah tentu membantu dari segi membekalkan pelbagai keperluan antaranya tenaga elektrik dan dalam masa yang sama kita dapat menyediakan  sesuatu yang boleh menarik mereka melawat ke daerah Sandakan dan ini sudah tentu  memberi impak positif dari segi pulangan ekonomi rakyat,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top