JPBN Sabah Keluar Nasihat Elak Sambaran Kilat

safar-untong.jpg

DSP Safar Untong

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah mengingatkan orang ramai di negeri ini supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak disambar petir atau kilat.

Pengerusinya, Datuk Seri Safar Untong, berkata peringatan itu dikeluarkan berikutan fenomena petir atau kilat yang kerap berlaku di Sabah kebelakangan ini hingga menyebabkan insiden disambar kilat.

“Fenomena petir atau kilat yang berlaku di beberapa tempat ketika ini yang menghasilkan sambaran petir atau kilat boleh mengenai manusia sekiranya berada di kawasan terbuka dan mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut.

“Orang awam dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang seperti padang bola dan kawasan lapang lain sekiranya berlaku petir ataupun kilat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Safar yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merujuk insiden dua remaja berumur 13 tahun disambar petir yang mengakibatkan seorang daripadanya maut di padang pekan Papar, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 3.55 petang itu, seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut, manakala rakannya kritikal selepas terkena sambaran petir ketika bermain bola sepak.

Mangsa, Muhammad Zulqilfle Redzwan, 13, disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian. – BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top