Jordan Tawar Diri Bertanding Ketua Wiramuda STAR Sabah

jordan.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron menzahirkan kesediaan untuk bertanding jawatan Ketua Wiramuda Star Sabah pada pemilihan parti yang akan datang.

Jordan berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk memantapkan lagi kekuatan sayap wiramuda bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Sehubungan itu, beliau menggariskan misi dan visi yang bakal dilaksanakan sekiranya terpilih menerajui sayap wiramuda Star Sabah,

Ini termasuk menstrukturkan Semula Sayap Wiramuda dan Mempermudahkan Sistem pendaftaran Ahli, katanya.

“Saya juga bertekad untuk membahagikan Zon bagi mempermudahkan komunikasi.

“Di samping itu, saya berhasrat meneruskan perjuangan asas penubuhan parti,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Jordan turut memperjuangkan kuota untuk ahli wiramuda untuk mengambil bahagian pentadbiran setiap Dun. – Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top