Joniston Bangkuai dilantik semula pengerusi STB

Joniston.jpg

Datuk Joniston Bangkuai (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Datuk Joniston Bangkuai dilantik semula sebagai pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), menamatkan spekulasi mengenai jawatannya dalam agensi yang menjadi pemacu utama pelancongan Sabah itu.

Pelantikan semula Bangkuai diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew semasa Malam Apresiasi Pelancongan Sabah di sini pada Khamis.

Penggal Bangkuai yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar sebagai pengerusi STB berakhir pada 15 November lalu.

Sepanjang perkhidmatannya ADUN Kiulu itu dipuji secara meluas kerana bekerja keras memajukan pelancongan Sabah melalui STB dengan memberikan tumpuan khusus kepada membangunkan pelancongan luar bandar.

STB juga kini mempunyai ketua eksekutif baharu dengan pelantikan Julinus Jeffery Jimit, yang menggantikan Noredah Othman.

Noredah kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen Sabah yang baru ditubuhkan di bawah kementerian itu.

 

Sumber: The Star

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top