Jonas Sah Bertanding di DUN Kuala Penyu

jonah.jpg
Kongsi Bersama

Bekas calon parti Harapan, Jonas Sunggim (gambar) mengesahkan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 33 Kuala Penyu pada pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan 26 September ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah melakukan persiapan awal untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau masih memikirkan platform terbaik yang akan digunakannya dalam PRN kali ini walaupun sudah mendapat “lampu hijau” dari Parti Cinta Sabah (PCS).

“Saya sedang membuat pertimbangan dan perbincangan dengan rakan-rakan mengenai saluran terbaik untuk saya bertanding kali ini”, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, sungguhpun PCS berminat mahukan beliau menjadi calon mereka namun beliau juga akan mempertimbangkan platform lain yang boleh menyumbangkan kemenangan nanti.

Menurut Jonas, kerusi DUN Kuala Penyu dalam PRN kali ini menjadi persaingan banyak parti untuk berentap dan ia akan memberi ruang luas kepada semua calon apabila berada di gelanggang nanti.

Beliau yang memperoleh 1,749 undi dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu, tidak menolak kemungkinan untuk bertanding atas tiket Bebas sekiranya rakyat di Kuala Penyu mengkehendakinya berbuat demikian.

Dun Kuala Penyu sebel;um ini diwakili Datuk Limus Jury yang memenangi kerusi itu atas tiket UPKO pada PRU lalu.

Limus bagaimanapun keluar dari UPKO pada Jun lalu.

“Saya dengan hati terbuka akan mendengar suara rakyat di kawasan ini. Jika kehendak mereka lebih condong untuk saya bertanding sebagai calon Bebas, saya dengan rendah hati menawarkan untuk memenuhi suara mereka,” kata Jonah.

Tambah beliau, dengan pengalaman yang dilaluinya, beliau mempunyai misi dan sasaran untuk melakukan perubahan di kawasan Kuala Penyu.

Tambahnya, perubahan tersebut mestilah mengambil kira keadilan untuk semua kaum di kawasan ini dan kemudahan prasarana yang melibatkan kepentingan orang ramai setiap hari ini.

“Kita perlu ada keadilan dalam semua hal bagi menjamin keharmonian semua kaum yang ada serta membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka,” tegasnya.

Menurut beliau, pihaknya akan bertegas meneruskan prinsip seumpama itu kerana percaya inilah sebenarnya yang dinanti-nanti oleh rakyat di kawasan Kuala Penyu selama ini.

“Kita bukan siapa-siapa, walau apa juga status kita. Tetapi rakyatlah yang berkuasa menentukan jatuh bangun seseorang calon,” ujarnya.

Berita & Foto: Jaafar Abd Wahid

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top