Jom Sertai Program Webinar Skuad WAJA

IMG-20211016-WA0000.jpg
Kongsi Bersama

 

Oleh Faizah Arbain

SANDAKAN: Rakyat Sabah dijemput menyertai program webinar Skuad Waja yang akan di adakan sebanyak dua siri bermula hari ini (16 Oktober 2021) dan 30 Oktober 2021.

Program julung kalinya ini, dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama rakan strategik NGO PAPISMA Sabah.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengarah program Dr. Ahmad Syakiran Fauzi, yang juga Pengerusi PAPISMA cawangan Sabah.

Menurut Dr. Ahmad Syakirin, Skuad Waja adalah program sukarelawan anti jenayah yang di wujudkan bagi memperkasakan komuniti agar sedar akan jenayah yang berlaku di sekeliling dan berusaha untuk memberhentikan jenayah terhadap wanita.

Tambahnya lagi, beliau menyeru rakyat Sabah, agar mengambil peluang untuk mengikuti program dan menjadi sebahagian dari Skuad Waja.

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah menghubungi talian, 0178397856 atau 0178909346.

Ujarnya lagi, rakyat Sabah sebolehnya manfaatkan program ini untuk memperkasakan wanita supaya lebih berani ke hadapan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top