Jojo tumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama

Jojo-Ghazali.jpg
Kongsi Bersama

Johan ‘Jojo’ Ghazali, jaguh Muay Thai negara, berjaya menewaskan Josue Cruz dari Mexico dalam pusingan pertama melalui pukulan ‘knockout’ di acara ONE 168 yang berlangsung di Denver, Colorado, Amerika Syarikat hari ini.
Dalam pertarungan tersebut, Jojo menunjukkan ketenangan dan berjaya menjatuhkan Cruz beberapa kali, meskipun lawannya sempat bangkit.
Namun, pada saat akhir pusingan, tumbukan kuat tangan kiri Johan menyebabkan Cruz tumbang, dan pengadil mengisytiharkan Johan sebagai pemenang.
Kemenangan ini turut membolehkan Johan meraih bonus sebanyak AS$50,000 (RM216,682).
Johan, yang berusia 17 tahun, mula dikenali selepas kemenangannya ke atas juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, dalam hanya 35 saat pada penampilan sulungnya di Primetime US, ONE Championship.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top