Johnny Intang Kekal Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan

johnny-intang.jpg
Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Datuk Johnny Intang (gambar) menang tanpa bertanding seterusnya kekal sebagai Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kinabatangan bagi sesi 2022-2025.

Selain Ketua Bahagian dan barisan kepimpinan baharu bahagian itu, Ketua Pemuda, Wanita dan Generasi Muda UPKO Kinabatangan juga menang tanpa tanding.

Bagi Pergerakan Wanita UPKO Kinabatangan, Mohina Sidom kekal sebagai ketuanya dan Lustinah Samir sebagai timbalan ketua.

Ketua Pemuda UPKO Kinabatangan pula ialah Alsa Sunsing dan Ketua Generasi Muda Manzikol Indas.

Mesyuarat Tritahunan UPKO Kinabatangan itu, dirasmikan oleh Naib Presiden UPKO merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick, di sini, pada Sabtu lalu. – Nabalu News

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top