Johnny Depp menang kes saman fitnah ke atas Amber Heard

amber.jpg
Kongsi Bersama

Bintang Pirates of the Caribbean, Johnny Depp menyambut baik keputusan perbicaraan fitnah dan tuduhan keganasan rumah tangga antara dia dan bekas isterinya Amber Heard.

“Juri memberikan kehidupan saya kembali,” kata Depp dalam satu kenyataan selepas juri memberikannya ganti rugi USD 15 juta dan hanya USD 2 juta untuk Heard.

“Sejak awal lagi, tujuan membawa kes ini adalah untuk membongkar kebenaran, tanpa mengira keputusannya,” katanya.

Terdahulu penilaian juri mendapati Johnny Depp dan bekas isterinya Amber Heard sama-sama bertanggungjawab atas fitnah pencemaran nama baik mereka.

Pertimbangan ini disampaikan oleh juri selepas perbicaraan kes dakwaan keganasan rumah tangga.

Tujuh juri di Virginia mengarahkan Heard membayar Depp USD 15 juta sebagai ganti rugi selepas mendapati artikel pada tahun 2018 yang ditulis oleh Heard mengenai “serangan seksualnya” telah memfitnah Depp.

Juri turut mendapati bahawa Heard telah difitnah melalui kenyataan yang dibuat oleh peguam Depp, Adam Waldman di akhbar Daily Mail yang mendakwa Heard seorang penipu dalam tuntutannya. Deep diarah membayar ganti rugi berjumlah USD 2 Juta kepada Heard.

Konflik antara Johnny Depp dan Amber Heard bermula apabila tulisan Amber Heard tentang keganasan rumah tangga diterbitkan dalam Washington Post.

Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top