Johnny Depp Didakwa Alami Kegagalan Ereksi

johnny-depp-n-amber.jpg
Kongsi Bersama

NEW YORK: Pelakon popular Hollywood, Johnny Depp didakwa mengalami kegagalan ereksi (ED) sehingga menyebabkannya memukul bekas isterinya, Amber Heard dengan botol minuman keras.

Memetik laporan Daily Mail, pasukan peguam mewakili Heard membuat dakwaan tersebut dalam satu dokumen mahkamah yang belum didedahkan.

“Walaupun Depp tidak gemar untuk mendedahkan kegagalan ereksi yang dialaminya, keadaan sedemikian sangat relevan dengan keganasan seksual.

“Ini termasuk kemarahan Depp dan penggunaan botol untuk merogol anak guam saya,” jelas dokumen mahkamah difailkan 28 Mac.

Pasukan peguam Heard menegaskan keadaan kesihatan dialami Depp menyumbang kepada tingkah laku ganas terhadap bekas isterinya.

Malah, pasukan peguam aktres filem Aquaman itu juga mendakwa keadaan kesihatan Depp turut menyebabkannya lebih cenderung untuk menjadi `marah atau gelisah’ yang menjurus kepada bersikap agresif.

Heard mendakwa ketika bekas suaminya mengambil ubat untuk masalah ereksi, prestasi lemah itu hanya membuatkannya menjadi lebih marah sehingga dalam satu kejadian, Depp bertindak melepaskan kemarahan ke atas dirinya.

“Ketika melakukan hubungan intim, Depp marah kerana tidak dapat beraksi sepenuhnya.

“Depp akan campak saya ke atas katil, dia pernah melakukannya beberapa kali dan kemudian akan memaksa dirinya terhadap saya dengan cara yang marah,” katanya.

Heard juga mendakwa Depp meluangkan banyak masa minum alkohol bersama rakan-rakannya termasuk bapanya, David Heard dan penyanyi, Marilyn Manson serta berkelakukan lebih buruk dan agresif ketika sampai di rumah. – Utusan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top