Johari Sah Tanding Naib Presiden UMNO

johari-abd-ghani.jpg

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyerahkan borang pencalonan Naib Presiden UMNO sekali gus menjawab desas-desus bahawa Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa itu dijangka bertanding untuk jawatan tersebut.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Ahli Parlimen Titiwangsa tersebut menyerahkan borang pencalonan Naib Presiden di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau menjadi individu ketiga berbuat demikian selepas dua penyandang sebelum ini iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Mahdzir Khalid mengesahkan mempertahan jawatan itu.

Seorang lagi penyandang iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga kini belum menyatakan pendirian dan menurut Utusanusaha akhbar itu bagi mendapatkan reaksi Ahli Parlimen Bera itu tidak berjaya kerana beliau tidak menjawab panggilan dan mesej.

Selain Johari, nama lain yang dikatakan berpotensi sebagai Naib Presiden adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, namun mereka setakat ini masih belum menghantar borang pencalonan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad, setakat Rabu, pihaknya telah menerima 158 borang pencalonan nama bagi merebut semua jawatan yang membabitkan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan semua jawatan dalam Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Menurutnya, seramai 51 calon telah menghantar borang pencalonan bagi merebut 25 kerusi Majlis Tertinggi, dua calon Pengerusi Tetap dan enam calon Timbalan Pengerusi Tetap.

Bagi Ketua Wanita UMNO sudah ada seorang calon, tiga calon Ketua Pemuda UMNO manakala Ketua Puteri UMNO enam calon menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan itu.

Seorang calon mendaftar bagi Naib Ketua Wanita UMNO, empat calon Naib Ketua Pemuda UMNO dan tiga calon bagi Puteri manakala 44 calon Exco Wanita, 52 calon Exco Pemuda dan 27 calon Exco Puteri,” katanya ketika dihubungi Utusan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top