Joachim Sambut Baik Usaha SEDIA

joachim.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pelbagai inisiatif galakan keusahawanan dilaksanakan oleh  Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) yang antaranya mewujudkan serta membangunkan Presint Industri AgroSabah (SAIP).

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam menyambut baik usaha yang dijalankan oleh SEDIA.

“Matlamat SEDIA adalah membangunkan usahawan agrotani melalui penyediaan kemudahan seperti inkubator, lot pemprosesan hasil pertanian, serta penyelidikan dan pembangunan.

“Saya menyambut baik usaha ini dan para usahawan tempatan perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, Program Agro-SAIP berkenaan terletak di Kimanis dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pembangunan usahawan.

Menurutnya, projek itu adalah berlandaskan agro-industri yang mana kumpulan sasarannya adalah usahawan tempatan di sektor pertanian serta industri asas tani.- Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top