Joachim Menang Jawatan Timbalan Presiden PBS

joachim-n-joniston.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jawatan timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi kuota bumiputera bukan Islam yang menjadi perhatian pada pemilihan kali ini menyaksikan Datuk Joachim Gunsalam berjaya memenanginya dengan keputusan tipis.

Joachim yang juga timbalan ketua menteri mengatasi Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu memperoleh 339 undi manakala Joniston yang juga ADUN Kiulu memperoleh 334 undi sementara sebanyak 65 undi rosak.

Walaupun tewas, Joniston kemudian dilantik sebagai ketua penerangan PBS.

Dua lagi yang dilantik adalah ADUN Matunggong Julita Majungki sebagai setiausaha agung dan Lu Kim Yen sebagai bendahari agung.

Dalam perkembangan sama, satu lagi jawatan timbalan presiden bagi kouta Cina dimenangi bekas ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Dr Yee Moh Chai.

Beliau mengatasi bekas ADUN Tanjung Aru Datuk Edward Yong Oui Fah dengan kelebihan 259 undi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengekalkan jawatan presiden selepas tidak dicabar.

Seorang lagi iaitu ADUN Tamparuli Datuk Jahid Jahim turut mengekalkan jawatan timbalan presiden bagi kuota bumiputera Islam selepas turut tidak dicabar.

Lima yang dipilih menduduki kerusi naib presiden ialah: Arthur Sen Siong Choo, Haji Ruslan Muharam, Mursid Mohd Rais, Hendrus Anding dan Datuk Johnny Mositun

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top