Joachim Ingatkan Pemimpin Akar Umbi, Berkhidmat Tanpa Pilih Ideologi

joachim-1.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Para pemimpin peringkat akar umbi harus memberikan khidmat tanpa memilih ideologi politik.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata ini bagi memastikan setiap kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan dapat dinikmati semua peringkat masyarakat tanpa ada yang terpinggir.

Katanya, pemimpin akar umbi seperti Ketua Kampung, Pemaju Mukim, Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JPKK) dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) perlu adil dan saksama bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian menyatakan, bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat seperti eKasih perlu disalurkan secara adil kepada penerima.

“Sikap pilih kasih perlu diketepikan agar tiada lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan semasa yang memerintah.

“Namun demikian, pemimpin akar umbi perlu bijak menilai status penerima. Biar mereka yang benar-benar layak disenaraikan sebagai bakal penerima, bukannya seorang mampu tetapi ada kaitan dengan pemimpin kawasan, nama dimasukkan sebagai penerima, itu tidak wajar,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra dan dialog lantikan politik Mukim Kundasang di sini,  pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang turut menjelaskan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah akan terus menganjurkan kursus-kursus kepimpinan akan diadakan bagi memperkasakan kepimpinan di peringkat akar umbi memantapkan fungsi dan tanggungjawab para pemimpin masyarakat bermula awal tahun hadapan.

Katanya, bagi ketua-ketua kampung Kursus kepimpinan akan diadakan.

Dengan adanya kursus seumpama ini, beliau berharap semua pemimpin terus mengambil peluang untuk memantapkan pentadbiran kawasan.

Dr Joachim juga menyeru agar pemimpin-pemimpin lantikan politik mewujudkan satu gabungan jawatankuasa kepimpinan di mukim Kundasang seperti yang pernah dilaksanakan satu ketika dulu. Ini adalah bertujuan untuk membincang perkara atau isu-isu yang dihadapi bersama seperti masaalah ketiadaan tapak bagi pejabat Polis, Bomba, Fama dan lain lain.

“Jawatankuasa ini melibatkan wakil komponen parti yang sehaluan iaitu wakil daripada  ahli Parlimen, Ahli Majlis Daerah, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat( (UPPM), gabungan Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung,” katanya.

Sehingga kini terdapat 8 mukim di bawah Dun Kundasang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top