JKR Sudah Minta JPS Naik Taraf Perparitan Di Sepanjang Pan-Borneo

bung-moktar.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya telah mengadakan sesi libat urus dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menyelaras pelaksanaan perparitan di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo dan menangani masalah banjir di lokasi-lokasi berisiko seperti di Kampung Rugading dan Giling di Tuaran, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menasihatkan JPS menaik taraf sistem perparitan di kawasan yang berisiko tinggi banjir bagi mengelak banjir di kawasan terbabit.

“Kami (JKR) telah pun bekerjasama dengan JPS dan menyelaraskan pelaksanaan perparitan di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo.

“Pihak JKR juga telah menasihatkan JPS menaik taraf sistem perparitan di kawasan terbabit termasuk di Kampung Bukau dan Meraba, Beaufort; Kolopis, Penampang, Ketiau, Putatan dan Rugading serta Kampung Giling di Tuaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menegaskan bahawa kerja-kerja menaik taraf tidak dapat dilakukan di beberapa kawasan kerana banyak sungai dan longkang besar di situ berada di luar dari rizab lebuh raya Pan Borneo.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan awam mengenai banjir kilat akibat hujan berterusan yang menyebabkan sebahagian Lebuh Raya Pan Borneo di Kampung Rugading dan Giling, Tuaran dinaiki air, petang kelmarin.

Keadaan itu menjejaskan aliran trafik dari arah Tuaran dan Kota Kinabalu kerana banyak kenderaan tidak dapat melalui kawasan banjir menyebabkan kesesakan jalan raya di kedua-dua arah.

Bagi mengatasi masalah itu, pihak JKR mencadangkan JPS menaik taraf atau menambah saluran air di longkang Taman Rugading dan Kampung Giling supaya aliran air lebih lancar terutama ketika hujan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top