JKR Sabah selenggara jalan ‘air terjun tujuh tingkat’ di Sapulut-Kalabakan

JKR-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengambil tindakan sementara menaikkan papan tanda amaran serta melaksanakan kerja penyelenggaraan tampalan segera di KM104.43, Maliau Basin iaitu Jalan Sapulut-Kalabakan.

Hal itu susulan laporan di media sosial berhubung jalan berkenaan yang disifatkan netizen seperti ‘air terjun tujuh tingkat’.

Menurut JKR Sabah dalam kenyataan di Facebook, lokasi tersebut adalah di luar skop kerja penyelenggaraan rutin disebabkan oleh kerosakan pada struktur jalan.

“…dan pejabat ini bercadang untuk turun taraf seksyen berkenaan kepada permukaan gravel (jalan batu kelikir).

“Cadangan pembaikan kekal melalui program kerja berkala akan dilaksanakan tahun ini menggunakan kaedah Cold-In-Place Recycling (CIPR),” menurut kenyataan itu.

JKR Sabah turut memaklumkan terdapat tiga kawasan melibatkan Jalan Sandakan-Tawau yang telah dijadikan jalan batu kelikir bertujuan mengurangkan keadaan berbahaya permukaan jalan, sementara menunggu kerja-kerja pembaikan menggunakan teknologi geogrid.

Pihak konsesi juga telah diarahkan untuk menyediakan lori air daripada semasa ke semasa bagi mengurangkan habuk di seksyen jalan berkenaan terutama pada musim kemarau, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top