JKR Sabah perlu jelaskan kelewatan projek jambatan di Nabawan

Jambatan-Nabawan.jpg
Kongsi Bersama

NABAWAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah diminta memberi penjelasan berhubung kerja pembinaan jambatan di persimpangan masuk ke pekan daerah Nabawan di Pensiangan.

Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar berkata, permintaan itu susulan pihaknya menerima keluhan penduduk tempatan di situ mendakwa projek pembinaan jambatan berkenaan masih belum bermula.

“Masyarakat tempatan kecewa dengan kerajaan kerana gagal memulakan kerja pembinaan jambatan.

“Syarikat kontraktor sudah dilantik dan sepatutnya sudah memulakan kerja pembinaan pada 25 Mac lalu dan (dijangka) siap pada 25 September tahun 2025.

“Ia seperti maklumat yang tertera dalam papan tanda yang didirikan di tapak pembinaan di situ,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dipetik Suara Keadilan 

Berikutan projek yang belum dimulakan itu, Raymond menegaskan, pihaknya membuat permintaan kepada JKR untuk mendapatkan penjelasan kerana tidak mahu nama baik Kerajaan Perpaduan tercalar.

“Kita tak nak nama Kerajaan Perpaduan tercalar atas sebab-sebab seperti itu,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyentuh mengenai masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang masih berlaku.

“Baru-baru ini juga ada kes air paip di UMS. Peruntukan sudah disalurkan oleh Kerajaan Pusat tetapi masalah air masih berlaku lagi di pusat pengajian tersebut,” katanya lagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top