JKNS Akan Tambah Baik Sistem Pembayaran Di Hospital

rose-nani.jpg

Datuk Dr Rose Nani

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) akan menambah baik sistem pembayaran di semua hospital di negeri ini termasuk Hospital Semporna dalam masa terdekat, kata pengarahnya, Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata, ini termasuk mewujudkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai seperti penggunaan kad kredit dan debit bagi memudahkan pesakit membuat bayaran rawatan selaras dengan keperluan semasa.

“JKNS prihatin dan sentiasa memastikan hospital di Sabah memberi rawatan terlebih dahulu untuk menyelamatkan nyawa tanpa mengira kerakyatan pesakit dan merujuk rakyat yang menghadapi kekangan kewangan ke Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas catatan Facebook mengenai seorang ibu tanpa kerakyatan yang terpaksa menjelaskan bayaran tunai berjumlah RM3,953 sebelum dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini.

Dr Rose Nani berkata pesakit yang terlibat adalah bukan warganegara yang bersalin normal pada 24 April lalu di wad bersalin Hospital Semporna. Pesakit dibenarkan keluar keesokan harinya.

“Pesakit bukan warganegara masih tertakluk kepada Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014 di bawah Akta Yuran 1951. Pesakit itu dikenakan bayaran RM3,953, yang telah dibayar,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top