JIM Sabah Hantar Pulang 492 PATI Filipina Ke Negara Asal

JIM-Sabah.jpg

Gambar hiasan penghantaran pulang PATI. (Kredit foto: JIM Sabah)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seramai 492 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina dihantar pulang ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) kelmarin.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, ia melibatkan seramai 368 tahanan lelaki, 88 tahanan wanita dan 36 tahanan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Katanya, kesemua tahanan terlibat dipindahkan melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan Feri MV Antonia 1.

PATI yang dihantar pulang kali ini hanya melibatkan tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Sandakan dan Depot Imigresen Tawau sahaja.

Mereka yang ditahan di Depot Imigresen ini telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

Oleh itu, beliau mengingatkan semua warga asing agar memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

Semua agensi penguatkuasaan di negeri ini akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

Operasi pemindahan ini merupakan sebahagian daripada operasi berterusan JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Sabah.

JIM Sabah terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PTI setelah mereka melalui semua proses perundangan negara dan mendapat pengesahan kedutaan negara asal masing-masing,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top