JIM Sabah Hantar Pulang 13 PTI Warga Filipina Ke Negara Asal

PATI.jpg

Semua PTI warga Filipina terbabit dihantar pulang ke negara asal menggunakan pengangkutan laut.

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang seramai 13 tahanan warga Filipina bagi Operasi Pemindahan Tahanan ke Negara Asal Bilang Satu 2025, kelmarin.

Menerusi kenyataan JIM Sabah di laman Facebook rasminya, penghantaran pulang itu melalui Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu.

Katanya, semua Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang ditahan di Depot Imigresen Imigresen Tawau itu dipindahkan menggunakan pengangkutan laut feri MV Ming Hai Express ke Pelabuhan Bongao, Filipina.

“Semua tahanan terdiri daripada tujuh lelaki, dua wanita dewasa dan empat kanak-kanak lelaki.

“Semua tahanan kanak-kanak balik ke negara asal dengan diiringi oleh ibu dan bapa atau penjaga yang sah,” katanya.

Menurutnya, semua tahanan asing balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri dan kos pengangkutan feri adalah termasuk caj pengangkutan bas mulai daripada Tawau Ke Lahad Datu.

“Ia berjumlah RM370 untuk penumpang dawasa manakala RM205 untuk penumpang kanak-kanak berusia lima ke 13 tahun dan percuma bagi kanak-kanak berusia empat tahun dan ke bawah.

“Operasi pemindahan tahanan asing ke negara asal dari semasa ke semasa adalah tertakluk kepada pengeluaran segera dan berterusan Travel Dokumen oleh pihak Kedutaan Republik Filipina di Malaysia yang merupakan elemen penting bagi mempercepatkan proses pemindahan tahanan ke negara asal,” katanya. – Sabah Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top