Jika Ada Pakatan Anwar-Zahid, Saya Akan Tentang, Kata Rafizi

rafizi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan beliau tidak akan membiarkan wujud pakatan atau kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, lapor FMT.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi Parlimen Pandan mengikrarkan jaminan itu pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Menurut laporan itu Rafizi berkata, beliau juga akan terus menyerang Zahid dan UMNO dalam kempen PRU15 ini.

“Saya hendak beri jaminan kepada penyokong dan pengundi PH, kalau itu (pakatan Anwar-Zahid) terjadi saya akan menjadi orang pertama tentang kalau betul ada rundingan kerjasama dengan Umno,” katanya.

Kenyataan Rafizi itu adalah susulan timbulnya khabar angin kebelakangan ini mengenai wujudnya

perancangan sulit melibatkan Anwar dan Zahid dalam usaha membentuk kerajaan bersama selepas PRU15.

Rafizi turut menegaskan bahawa berdasarkan momentum sekarang PH akan menjadi blok terbesar dengan kemungkinan menguasai antara 90 hingga 100 kerusi.

Mengenai pembentukan kerajaan selepas PRU15 pula beliau berkata, tidak berminat untuk membentuknya dengan GTA atau BN atau Perikatan Nasional (PN), sebaliknya memilik blok dari Sabah dan Sarawak iaitu GRS atau GPS.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top