Jentera BN Dalam Mood ‘Bertempur’ – Bung Moktar

jentera-umno-bn-sabah.jpg
Kongsi Bersama

BONGAWAN: Jentera parti Barisan Nasional (BN) Sabah di semua peringkat telah lama digerakkan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ke-16.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pimpinan parti di semua bahagian sebelum ini telah digesa supaya turun padang bertemu rakyat dan ini telah dilaksanakan lebih awal sebelum menjangka PRN akan berlaku.

“Semua jentera BN di seluruh bahagian telah pun siap sedia ini bukan sahaja dari segi program malah jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah pun dibentuk bermakna kita berada dalam keadaan siap siaga menghadapi PRN kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama jentera BN/UMNO Sabah yang terakhir bagi zon 3 dan 4 di Bongawan Golf and Country Club dekat sini baru baru ini.

Majlis yang dihadiri oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pergerakan Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Sebelum ini Zahid turut mengadakan perjumpaan yang sama bersama jentera BN/UMNO Zon 5 dan 6 di Sandakan dan jentera BN/UMNO zon 1 dan 2 di Sepanggar.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah sepanjang perjumpaan bersama jentera BN/UMNO Zahid telah diberikan taklimat dan penjelasan yang terperinci oleh semua Ketua- Ketua UMNO bahagian tentang persediaan yang telah pun dilakukan oleh semua jentera BN/ UMNO .

” Saya melihat semua jentera BN/UMNO sentiasa dalam ‘mood bertempur’ hanya menunggu masa untuk melakukan gerak kerja yang lebih afiktif,” jelas Bung.

Beliau berkata BN perlu menekankan konsep ‘selling’ dan ‘marketing’ ataupun jualan dan pemasaran supaya parti itu dekat di hati rakyat.

Jelasnya, pemimpin perlu secara individu turun berjumpa dengan rakyat dan mempromosi parti sebagai produk jualan mereka.

“Kita ada pesaing, pesaing kita adalah Warisan dan sekutunya. Rakyat adalah pelanggan yang terpenting dan segalanya adalah untuk rakyat,” katanya.

Ditanya soal calon yang bakal dikemukakan oleh BN /UMNO dalam PRN kali ini Bung berkata senarai pandek sudah ada hanya menunggu waktu untuk dimuktamadkan hasil perbincangan bersama kompenan BN dan Bersatu.

“Kita tunggu, insyaAllah minggu depan kita akan umumkan, ” ujarnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top