Jenazah Salahuddin Ayub selamat dikebumikan

salahuddin-1.jpg

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Dato' Haji Noh Gadut, di Serkat. (Foto: BERNAMA)

Kongsi Bersama

PONTIAN: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat dikebumikan pada pukul 12.05 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, di sini.

Terdahulu, jenazah ahli Parlimen Pulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram itu disembahyangkan sebanyak lima kali di Masjid Jamek Dato Haji Noh Gadot, Serkat termasuk diimamkan oleh anak sulungnya Iskandar Zulkarnain Salahuddin, 37, dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara yang turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh.

Turut kelihatan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta wakil rakyat Johor.

Terdahulu, Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu meninggalkan isteri Datin Seri Fatimah Taha dan enam anak terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top