JENAKA POLITIK: Kubur Besar Di Tengah Ladang

kartun1.jpg
Kongsi Bersama

Di negara antah berantah:

Sebuah MPV yang dinaiki enam ahli politik bergerak laju di suatu kawasan luar bandar. Kenderaan itu tiba-tiba terbabas, merempuh pagar sebuah ladang sebelum menghentam sebatang pokok di tengah-tengah ladang itu,

Bunyi yang kuat itu mendorong pemilik ladang datang memeriksa. Dia melihat ahli-ahli politik itu bergelimpangan. Selepas memeriksa mereka seorang demi seorang, dia segera menggali sebuah lubang besar di tengah-tengah ladang itu. Di situlah dia mengebumikan lalu ahli politik itu secara beramai-ramai.

Petang yang sama polis datang untuk menyiasat mengenai kemalangan itu. Pemilik ladang menceritakan bagaimana ketika dia sedang sibuk di hujung sebelah sana ladang itu, tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman yang kuat,

“Apabila saya datang memeriksa, saya dapati mereka telah bergelimpangan. Fail-fail berserakan. Daripada fail itu saya tahu mereka semua ahli politik.”

“Di mana mereka sekarang?” tanya polis.

“Saya telah kebumikan…”

“Adakah mereka semuanya mati?”

“Ada dua orang kata belum mati…tapi encik tahulah ahli politik…saya tak percaya cakap mereka!” jawab si peladang, selamba.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top