Jelaskan pendirian mengenai Pusat Jantung Negara di Sabah

eva.jpg

Datuk Eva Susau

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF) meminta penjelasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung dengan usaha mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah.

Presiden SOSHF Datuk Eva Susau berkata, pada 20 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa satu kemudahan kesihatan baharu iaitu Pusat Jantung Negara di Sabah akan diwujudkan.

Katanya, berikutan itu, sejumlah RM80 juta peruntukan kerajaan Persekutuan ditelah diumumkan untuk tujuan itu.

Bagaimanapun katanya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan baru-baru ini menjelaskan masih tiada keputusan rasmi berhubung perkara itu.

“Oleh itu, isu berkenaan telah menjadi kekeliruan dan membimbangkan penduduk negeri ini yang mahukan kemudahan kesihatan diperkasakan.

“Kenyataan yang dikeluarkan itu adalah bertentangan daripada pengumuman yang dilakukan Perdana Menteri. Oleh itu KKM perlu mengumumkan pendirian mengenai perkara ini dan menjelaskan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan menteri terbabit mencadangkan satu proses rasmi perlu dilakukan dan usaha meluluskan perkara itu masih belum selesai.

Katanya, keadaan itu mampu mewujudkan persepsi negatif terhadap pengumuman yang dilakukan Perdana Menteri.

“Melihat kepada kepentingan kemudahan kesihatan kepada rakyat Sabah, kami menyeru Menteri Kesihatan untuk melawat Hospital Queen Elizabeth II.

“Lawatan ini akan membolehkan beliau sendiri memantau keperluan dan lokasi untuk Pusat Jantung Negara di sini,” katanya.

Katanya, lawatan itu juga mampu mengurangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai isu berkenaan. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top