Jelani Gesa Kaji Semula Tambang Penerbangan Yang Naik Mendadak

Jelani-Hamdan.jpg

Jelani

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kenaikan tambang penerbangan antara negeri ini dan destinasi luar mendapat perhatian timbalan pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Jelani Hamdan.

Jelani berkata, dia menyedari kenaikan harga berlaku ketika cuti sekolah semakin hampir.

Katanya, harga tambang penerbangan naik sehingga mencecah RM1,300 berbanding sebelum ini yang hanya berada pada kadar RM500.

Jelani yang juga pengerusi Sri Pelancongan Sabah menggesa syarikat penerbangan tempatan meneliti perkara itu dan mempertimbangkan untuk mengkaji semula tambang penerbangan ke Sabah.

“Harga tambang penerbangan perlu berpatutan dan tidak membebankan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berpendapat semua syarikat penerbangan perlu mempertimbangkan untuk meningkatkan penerbangan mereka ke Sabah dan bukannya menaikkan tambang penerbangan.

Ini, katanya, boleh dilakukan kerana tidak banyak penerbangan antarabangsa diperlukan buat masa ini. – The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top