Jelani Dilantik Pengarah Baharu Sabah FC

bung-safa.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Jelani Hamdan dilantik sebagai Pengarah Sabah FC yang baharu,  bagi mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang  oleh Setiausaha Agung SAFA Benedict Asmat.

Perkara ini diumumkan oleh Presiden (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin  ketika ditemui selepas majlis penyerahan watikah perlantikan kepada Jelani di pejabat beliau di Kementerian Kerja Raya, Sembulan, di sini, kelmarin.

Menurut Timbalan Ketua Menteri itu pertukaran ini merupakan pertukaran biasa bagi membolehkan kedua-dua belah pihak memberikan tumpuan kepada tugas masing-masing.

Katanya, Benedict yang sebelum ini menjadi Pengarah Sabah FC akan memberikan perhatian kepada hal-hal pentadbiran sebagai Setiausaha Agung SAFA,sementara Jelani akan memfokuskan pada tugas baharunya sebagai Pengarah Sabah FC.

“Pertukaran tugas ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan SAFA dan Sabah FC , saya yakin kedua-dua mereka berpengalaman dan  mampu melaksanakan tugas masing-masing,” katanya.

Turut hadir dalam majlis ringkas itu ialah Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Sementara itu, Jelani yang juga pengurus pasukan wanita Sabah berkata, perlantikan itu satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu digalas.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top