Jelajah Ramadan RTM Sabah Santuni Rumah Anak Yatim, Sekolah Pondok Di Kota Belud

fairuz.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menyantuni Rumah Anak Yatim Nur Taqwa Kampung Nur Taqwa serta Sekolah Pondok Fii Dzilail Quran Kota Belud antara pengisian Program ‘Jelajah Ramadan RTM Sabah 2021’.

Pengarah Bahagian Program Radio Malinaziah Datu Mohd Julaspi berkata, program ‘Jelajah Ramadan RTM’ merupakan acara tahunan yang singgah di 24 lokasi kali ini berlangsung di RTM Sabah selepas tertangguh tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Katanya, jelajah yang memasuki edisi ke sembilan itu akan bergerak mendekati insan memerlukan termasuk menyantuni petugas barisan hadapan sekali gus akan menyalurkan pelbagai sumbangan keperluan harian mereka.

“Dalam jelajah kali ini kita sudah semestinya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) disamping dapat menyalurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Jelajah hari ini akan diketuai oleh Penyampai daripada Unit Sabah FM dengan mengedarkan Bubur Lambuk serta Kelupis disamping menyampaikan sedikit sumbangan di beberapa kawasan yang terpilih bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Pintasan, Fairuz Renddan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program ‘Jelajah Ramadan RTM Sabah 2021’, di Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Hadir sama Adun Pintasan Fairuz Renddan dan Pengarah Jabatan Penyiaran Kawasan Sabah, Nor’ain Bakir.

Malinaziah berkata, program jelajah ini dilancarkan pada 8 April lalu Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek, program bertemakan ‘Sucinya Ramadan’ ini platform terbaik bagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) melakukan aktiviti kemasyarakatan hingga 9 Mei.

Sementara itu Adun Pintasan Fairuz Renddan berkata, pihaknya akan meneruskan kerjasama ini di masa akan datang berikutan program ini memberi peluang sendiri RTM berkunjung melawat kawasan Pintasan.

“Kerjasama ini sangat berkesan selain dapat memberi peluang penyampai Sabah FM serta kakitangan RTM merasai sendiri masalah yang dialami oleh penduduk terutama mereka yang tinggal di Dun Pintasan,” katanya.-pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top