Jelajah Ramadan Ahli Parlimen Libaran sampaikan zakat peribadi kepada 3010 asnaf dan golongan yang memerlukan

jelajah-libaran.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seramai 3010 orang membabitkan golongan asnaf dan kurang bernasib baik disantuni menerima Program Jelajah Ramadan Datuk Suhaimi Haji Nasir dalam Parlimen Libaran.

Program jelajah ramadan itu selama tujuh hari itu diadakan di 18 buah masjid bermula 28 Mac lepas menerusi zakat peribadi Suhaimi selaku Ahli Parlimen Libaran.

Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran turut menziarahi kasih terhadap 13 individu yang terlantar sakit dan berkesempatan menziarahi dua jenazah sepanjang program berkenaan.

Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Rakyat P.184 Libaran bersama Pengurusan UMNO Bahagian Libaran yang dibantu oleh AJK Bahagian UMNO Libaran dan AJK tiga sayap parti.

Suhaimi memberitahu program pertama mengadakan Nuzul Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Zon 5 bersama Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin di perkarangan Masjid Raya Sri Aman Batu 12 .

“Sepanjang jelajah itu seramai 3010 individu menerima zakat peribadi saya, 37 masjid dan 25 surau turut menerima bantuan kewangan bagi menjalankan aktiviti Ramadan,” katanya.

Beliau berkata matlamat kita adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

“Disamping menyantuni golongan kurang memerlukan, saya juga turut menziarahi 13 individu yang terlantar sakit dan berkesempatan menziarahi jenazah Allahyarham Ketua Daerah OKK Awang Damit dan ketua cawangan Allahyarhamah Majidah binti Tambutit,” katanya.

Ketua Penerangan UMNO Sabah itu berkata ini adalah program tahunan Ramadan Ahli Parlimen Libaran. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top