Jelajah Harga Barang Mampu Milik Kojasa Dapat Sambutan Warga Desa Di Kota Belud

ssk.jpg

Salleh turun sendiri ke lapangan bagi memastikan kelancaran Jelajah Kojasa, program yang merupakan cetusan idea beliau untuk meringankan beban rakyat.

Kongsi Bersama

KOTA BELUD : Jejalah Kojasa untuk meringankan beban rakyat yang tiba Kampung Kelawat di Kota Belud, Sabah mendapat sambutan mengalakkan daripada warga desa.

Program anjuran Kojasa Holdings Berhad (Kojasa) itu, yang merupakan anak syarikat Qhazanah Sabah Berhad (QSB), menawarkan kepada pengguna barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

Kojasa turut menjalin kerjasama dengan usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka menerusi Kojasa Mart – kedai runcit harga mampu milik yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Pengerusi QSB Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, yang juga ADUN Usukan, turun padang bagi memastikan sendiri kelancaran Jelajah Kojasa yang merupakan cetusan ideanya.

“Siri Jelajah Kojasa ini akan berterusan bagi membantu komuniti kampung dengan membeli barang keperluan dengan harga yang murah,” katanya di Facebook.

QSB ditubuhkan pada 1995 sebagai syarikat pelaburan kerajaan Sabah dengan matlamat untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan memperkasa masyarakat menerusi perniagaan-perniagaannya.

Kojasa kembali menceburi perniagaan runcit atas platform digital untuk menjadikan ia kedai harga paling berpatutan di negeri itu. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top