Jeffrey, Robert Adakan ‘Walkabout’ Di Pekan Keningau

Jeffrey-n-robert.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Sempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini, Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik telah mengadakan program ‘walkabout’ di sekitar pasar umum, dekat sini.

‘Walkabout’ itu disertai Ketua-Ketua Masyarakat Cina; Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor dan UPPM Liawan; Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) dan lapan pemimpin-pemimpin masyarakat Tionghua.

Ia merupakan rutin yang dilakukan wakil rakyat di daerah ini setiap kali menjelang perayaan Tahun Baharu Cina bagi menyantuni masyarakat Cina yang meraikan perayaan itu.

Walaupun sebelum ini program itu tidak dapat dilaksanakan ekoran lonjakan kes pandemik COVID-19, namun pada tahun ini terdapat sedikit kelonggaran diberikan tetapi perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Justeru, Jeffrey dan Robert memanfaatkan program itu bagi menyantuni masyarakat cina serta peniaga di sekitar pasar umum sambil bertukar ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada mereka yang meraikan.

Mereka turut berharap apa jua bidang yang mereka ceburi itu akan kembali pulih seterusnya memperolehi kejayaan serta kemajuan dalam perniagaan pada masa akan datang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top