Jeffrey Ingatkan PAS, Sokongan Sabah, Sarawak Perlu Untuk Capai Majoriti Dua Pertiga

Jeffrey-Khairuddin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: STAR mengingatkan parti komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS, supaya tidak hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan hubungan antara parti Melayu di Semenanjung bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU 15) nanti.

Portal berita FMT melaporkan bahawa Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, yang juga timbalan ketua menteri Sabah memberi peringatan itu sebagai merujuk kenyataan pengarah strategik PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang tidak meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai faktor penting ketika menyuarakan sasaran parti Islam itu untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam PRU15.

“Beliau seharusnya melihat pendekatan untuk menguatkan hubungan dengan Sabah dan Sarawak sebagai strategi kerana keduanya masih berkemungkinan menjadi ‘kingmakers’ dalam PRU 15 nanti,” kata Jeffrey kepada portal berkenaan.

Ketika meluahkan aspirasi PAS itu dalam hantaran di Facebook semalam , Khairuddin yang juga anggota Jawatankuasa PAS Pusat berkata, selepas memenangi PRU15 kelak, persempadanan kawasan pilihan raya boleh diubah untuk kepentingan orang Melayu- Muslim.

Beliau berkata, jumlah kerusi Parlimen di negeri dengan majoriti kumpulan itu juga boleh ditambah.

“Kita boleh capai sasaran ini dengan menguatkan ikatan antara tiga parti Melayu biarpun berdepan cabaran.

“Pertandingan satu lawan satu adalah penting bagi memenangi PRU15,” kata Khairuddin.

Kitingan bersetuju dengan pandangan Khairuddin bahawa lebih banyak waktu diperlukan seandainya (PN) mahu menang dengan majoriti dua pertiga.

“Kita tidak mempunyai banyak masa lagi sekiranya pilihan raya diadakan tahun ini.

“Waktu yang tepat adalah ia diadakan pada penghujung penggal, mungkin tahun depan,” kata beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top