Jeffrey Cadang Kursus Pembangunan Kendiri Untuk Tingkatkan Agropreneurship di Sabah

dr-jeffrey.jpg

Jeffrey (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang cemerlang dalam majlis graduasi berkenaan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mencadangkan idea untuk memasukkan kursus pembangunan kendiri dan motivasi ke dalam program latihan pertanian sedia ada untuk anak muda Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah percaya kursus sebegitu akan memberi manfaat kepada anak muda Sabah yang menceburi kerjaya dalam bidang pertanian untuk menjadi lebih berdikari.

“Saya telah mencadangkan dua kursus persediaan iaitu pembangunan kendiri dan motivasi supaya mereka boleh belajar untuk menjadi lebih berdikari dan mensasarkan rancangan yang lebih besar untuk diri mereka sendiri,” katanya pada Majlis Graduasi Institut Pertanian Sabah Timbang Menggaris Kali Ke-50 dan Majlis Graduasi Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu Kali Ke-37 dan 38 di sini, semalam.

Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri, berkata kursus pembangunan kendiri dan motivasi adalah latihan yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran ekonomi hari ini.

Beliau berkata pertumbuhan industri pertanian di Sabah boleh didorong lagi oleh anak muda Sabah yang terlatih dalam membina kerjaya mereka di bidang yang diceburi.

Beliau mengakui ramai graduan yang berjaya bekerja sendiri malah ada yang menjadi majikan dan dapat mencipta pekerjaan baharu yang berkaitan dengan pertanian.

“Dengan sektor pertanian kini menyumbang 16 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negeri, terdapat banyak peluang pekerjaan untuk belia Sabah,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top