Jeffrey Bantu Keluarga Daif Teruskan Pembinaan Rumah

family-daif-keningau.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G.Kitingan semalam meluluskan peruntukan bagi penyediaan alatan binaan seperti bata, batu pasir, simen dan plywood kepada Habif Awang Damit di Kg.Bandukan Baru, Keningau.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau sebelum ini telah membuat tinjauan dan mendapati rumah kediaman keluarga Habif yang tergendala pembinaannya berkeadaan sangat daif dan beliau pula kurang berkemampuan untuk meneruskan pembinaan kerana menghadapi masalah kekangan kewangan pada musim PKP ini

Sesi penyerahan sumbangan ini kepada telah disaksikan oleh  Allan Katong, Pengerusi JPKK Kg.Bandukan Baru, dan juga isteri kepada Habif, Foziati  Majus.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top