Jeffrey, Annuar Sampaikan Sumbangan Kepada Masyarakat Tiong Hua

Limau-Keningau.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Masyarakat Tiong Hua dalam kalangan kurang berkemampuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan dalam Parlimen Keningau menerima sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina daripada wakil rakyat.

Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman telah menyerahkan sumbangan bakul makanan dan limau mandarin kepada golongan warga emas, uzur dan yang kurang  berkemampuan sebagai pendekatan untuk menyantuni mereka.

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Liawan yang diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan, Frederick Philip Toyong (gambar, dua dari kiri) bersama kepimpinannya turun padang menemui golongan masyarakat Cina ini pada hari pertama perayaan tersebut pada Selasa.

Menurut Frederick, program ziarah kasih ini selain memeriahkan lagi suasana sambutan Tahun Baru Cina kepada mereka juga sebagai salah satu usaha untuk mendekati sambil  membantu bagi memastikan mereka juga berkesempatan merasakan suasana perayaan bersama keluarga.

“Sumbangan itu sedikit sebanyak membolehkan mereka menyambut perayaan dengan lebih meriah dan ini perlu dijadikan usaha pengukuhkan bersama masyarakat selain menunjukkan semangat muhibah dan hormat menghormati antara satu sama lain demi membina sebuah masyarakat penyayang, “ katanya.

Turut bersama membantu Frederick ialah Ketua Masyarakat Cina (KMC), Kapitan Anthong Chong Kong Ming; Kapitan Fung Shun Shiung; staf UPPM; Pemaju-Pemaju Mukim serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) di kawasan DUN Liawan.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top