Jeffery Nor minta Ketua Pemuda PBS buat ‘homework’

jeffery.jpg

Jeffery

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed meminta ketua pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) supaya membuat sedikit ‘homework” untuk memahami perbezaan jawatan Ketua Menteri dengan ketua parti.

Beliau berkata jawatan Ketua Menteri boleh dipegang sesiapa sahaja dan kuasa yang ada pada jawatan Ketua Menteri adalah kuasa eksekutif pentadbir kerajaan negeri.

Sebaliknya, Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan berkata jawatan pengerusi parti tidak mempunyai kuasa eksekutif mentadbir negeri dan hanya mentadbir parti.

“Jika DSP Hajiji menjadi pengerusi GRS dan pengerusi PGRS sampai bila-bila pun ok, tapi untuk jawatan Ketua Menteri adalah jawatan pentadbir negeri .

“Jadi sudah tentu kami sebagai rakyat Sabah mempunyai hak untuk bersuara.

“Jika tidak bersalah apa mahu ditakutkan buat saja kenyataan terbuka untuk syarikat SMM disiasat dengan sebaiknya oleh mana-mana agensi yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jeffery berkata pelantikan ketua UMNO Sabah terletak di bawah bidang kuasa presiden parti.

Semalam, kata Ketua Pemuda PBS Christopher Mandut dipetik sebagai berkata bahawa Umno Sabah perlu menilai kedudukan mereka sendiri sebelum menuntut Ketua Menteri Hajiji Noor meletakkan jawatan susulan dakwaan skandal projek mineral.

Mandut turut menegaskan bahawa Pengerusi Umno Sabah, Bung Mokhtar Radin, dan isterinya Zizie Izette juga sedang berdepan kes rasuah berkaitan pelaburan Felcra Bhd.

 

Berita asal: Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top