Jawatankuasa Dibentuk Jalankan Program Putatan Bersih 2022

shahelmey-putatan.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN: Satu Jawatankuasa akan dibentuk di peringkat daerah Putatan bagi menjalankan Program Putatan Bersih tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini bagi memastikan tahap kebersihan di daerah ini dapat dipertingkatkan.

“Kita berharap dengan adanya Program Putatan Bersih sepanjang tahun 2022 nanti, maka tahap kebersihan di Putatan akan dapat kita tingkatkan.

“Ianya juga agar kita dapat membudayakan kebersihan yang tinggi dalam kehidupan seharian kita di Putatan mahupun di negeri ini,” jelasnya.

Shahelmey berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan, Putatan, pada Jumaat.

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat tersebut turut mengingatkan orang ramai agar menjaga kebersihan diri dan kawasan mereka bagi mengelak daripada jangkitan sebarang penyakit.

“Tanam tekad untuk meningkatkan penjagaan kebersihan dalam diri, masyarakat, daerah dan negeri agar kita dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera dan mengelakkan jangkitan penyakit yang tidak diingini,” katanya.

Pada majlis itu Datuk Haji Mohd. Dahali Haji Matsin dan Puan Ainun Jimy telah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Mailidur Rasul Peringkat Daerah Putatan 1443H/2021M atas khidmat dan sumbangan bakti kepada masyarakat khususnya di daerah ini.

 

Kredit foto: Pejabat Daerah Putatan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top