Jawatan TPM dari Sabah: Kita tunggu PRU16 nanti, kata Ahmad Zahid

Zahid.jpg

AHMAD Zahid (tengah) bersalaman dengan tetamu pada program Sentuhan Kasih Desa KKDW dan Keusahawanan Desa Madani di Dataran Tamu, Sukau semalam - (Foto: BERNAMA)

Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mempertimbangkan perkara itu sedalam-dalamnya sebelum keputusan dibuat bagi melantik Timbalan Perdana Menteri bagi mewakili Sabah dan Sarawak.

“Apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, seorang Timbalan Perdana Menteri yang mewakili Sabah dan Sarawak dan pelantikan Datuk Seri Fadillah bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi sebenarnya portfolio yang diberikan kepada beliau adalah untuk mengkordinasikan semua program untuk Sabah dan juga Sarawak.

“Jadi ini adalah suatu perkara yang telah difikirkan semasak-masaknya oleh Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sentuhan Kasih Desa Sukau, Kinabatangan dan Keusahawanan Luar Bandar 2024 di Dataran Tamu di Sukau di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan pihak tertentu yang mahu pelantikan membabitkan jawatan Timbalan Perdana Menteri datang dari Sabah.

Ditanya lanjut adakah jawatan itu perlu diwujudkan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meminta tunggu Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan terlebih dahulu.

“Kita tunggulah PRU yang 16 nanti,” katanya ringkas.

 

Sumber: Sinar Harian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top