Jauteh Dilantik Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah

juateh.jpg

Acryl Sani (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis antara Idris (kiri) dan Jauteh (kanan) di IPK Sabah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah akan bersara secara rasmi pada Jumaat dan tempat beliau digantikan oleh Timbalannya, Datuk Jauteh Dikun sebagai pemangku berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya dengan pengalaman luas yang ada pada Jauteh untuk mengemudi polis Kontinjen Sabah.

“Beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang, saya yakin Sabah ini berada di tangan yang betul untuk kendalikan aspek keselamatan, aspek keharmonian sosial dan kesejahteraan rakyat di Sabah yang penuh dengan cabaran.

“Saya percaya kemampuan yang ada pada beliau untuk memantapkan lagi seluruh anggota Kontinjen Sabah,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis dan Pengerusi Perkep Kontinjen Sabah di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, pada Khamis.

Acryl Sani dalam pada itu memaklumkan bahawa PDRM akan mengadakan mesyuarat untuk berbincang mengenai kekosongan jawatan berkenaan bukan saja di Sabah tetapi di beberapa tempat lain.

“Saya percaya dalam tempoh tidak berapa lama lagi, pihak PDRM akan umumkan pelantikan rasmi jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.

“Untuk makluman, hujung minggu ini akan diadakan mesyuarat oleh polis yang akan membincangkan dan memilih beberapa calon yang disyorkan bukan di Sabah saja, bahkan di beberapa tempat lain. Ada banyak kekosongan jawatan utama yang perlu diisi segera dan ia melibatkan jawatan berbentuk pemangku,” jelasnya.

Sementara itu, diminta mengulas kekosongan perjawatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) selepas beberapa pegawai dan anggota dituduh di mahkamah pada Februari lalu, beliau memaklumkan tindakan telahpun diambil untuk mengisi kekosongan terbabit.- SINAR HARIAN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top