Jasad Budak Lemas Ditemui Tersangkut Pada Pokok Buluh

kanak-kanak-lemas.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan tersangkut pada pokok buluh di Sungai Tawau, di sini, pada awal pagi ini (Ahad).

Mayat Mohd Alif Amuddin ditemui pada jam 8.19 pagi iaitu kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa terjatuh di jambatan Sungai Tawau di Kampung Jawa Lanut pada Sabtu.

Pasukan bomba dan penduduk kampung memulakan SAR bagi mencari seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada pokok buluh di Sungai Tawau, Kampung Jawa Lanut, Tawau pada pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikhuatiri lemas disambung pada hari kedua bermula jam 6.52 pagi Ahad.

“SAR dilaksanakan melibatkan 10 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau.

“Mangsa kemudian ditemui oleh pasukan bomba dan penduduk kampung dalam keadaan tersangkut pada pokok buluh iaitu pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa disahkan telah meninggal dunia dan mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR kemudiannya ditamatkan pada jam 8.30 pagi,” katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, kanak-kanak terbabit dikhuatiri lemas selepas dikatakan tergelincir sebelum terjatuh dari jambatan sungai berkenaan. – SINAR


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top