Jari Tersepit Di Mesin Pengisar, Remaja Dikejar Ke Hospital

tangan-tersepit.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Seorang remaja perempuan terpaksa menanggung azab kesakitan selepas jari tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar ikan di sebuah restoran di Perdana Square, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan sedang melakukan kerja-kerja mengisar ikan untuk dijadikan tauhu ikan.

Bagaimanapun, mangsa dipercaya terleka apabila secara tiba-tiba tangan kanannya tertarik masuk ke dalam mesin berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 tengah hari.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, jari mangsa didapati masih tersepit di dalam mesin pengisar ikan berkenaan.

“Pasukan Bomba terus bertindak membawa mangsa bersama mesin berkenaan ke hospital atas faktor keadaan mangsa menggunakan jentera EMRS untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.46 tengah hari.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top