Japlin Terima Kunjungan Pengurus Besar SEDCO

japlin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd., Datuk Japlin Akim menerima kunjungan mesra dari Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir baru-baru ini.

Kunjungan itu berlangsung di Bangunan Wisma SEDCO.

Japlin dilantik sebagai Pengerusi syarikat tersebut baru-baru ini dan beliau berhasrat untuk memfokuskan kepada kerjaya beliau dan memikul tanggungjawab yang diberikan kepadanya itu.

” Jika sebelum ini saya berkhidmat untuk rakyat sebagai wakil rakyat di kawasan saya (ADUN Usukan), kini saya di syarikat ini, masih sama, dan tidak jauh beza kerana bagi saya, apabila kita diberikan kepercayaan untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi, itu adalah bukti bahawa orang lain yakin dengan kita.

“Adalah wajar untuk saya kini memfokuskan kepada tugas dan tanggungjawab saya di syarikat ini dan berusaha untuk membawa lebih banyak input positif kepada pembangunan syarikat ini, sekali gus membantu negeri Sabah bagi merancakkan semula pembangunan ekonomi kita yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya.-pr/BNN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top