Japlin Serah Kunci Rumah Kepada Tiga Keluarga

rumah-pprt.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Setelah hampir setahun menanti tiga buah keluarga kini berlapang dada apabila menerima kunci rumah masing-masing daripada mantan Adun Usukan, Datuk Japlin Akim.

Ketiga-tiga penerima itu ialah Sani Jeman, Ledah Ajah dan Fereiji Manjah daripada Kampung Lebak Engad Kota Belud.

Rumah mereka dihanyut banjir pada bulan Jun tahun lepas (2020).

Menurut Japlin rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin ( PPRT) telah dipohon melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan peruntukan RM180,000. Kos anggaran bagi setiap buah rumah ialah RM60,000.

Peruntukkan  itu dipohon daripada KPLB semasa beliau masih menjadi Adun Usukan.

Katanya projek pembinaan rumah PPRT itu terlewat disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pada majlis itu, Japlin yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud turut menyerah barangan makanan kepada keluarga itu.- pr/BNN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top