JANS lakukan operasi potong sambungan paip haram di Sepanggar

paip-haram.jpg

Antara sambungan paip haram yang pernah dikesan pihak berkuasa. (Kredit foto:: FB Shahelmey Yahya)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melakukan operasi memotong beberapa sambungan haram paip air di sekitar kawasan Sepanggar, di sini kelmarin.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, usaha itu adalah sebahagian dari usaha berterusan pihak JANS untuk menurunkan kadar air tidak berhasil yang hilang akibat dicuri dari sistem agihan bekalan air di sekitar Kota Kinabalu.

Masyarakat umum juga boleh memainkan peranan dengan membantu melaporkan kepada JANS sekiranya ternampak kejadian-kejadian curi air seperti itu, katanya di Facebook rasminya.

Shahelmey berkata selain sambungan paip haram, pihak JANS juga berdepan dengan cabaran vandalisme terhadap aset-aset JANS – SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top