Jangan Ulangi Kesilapan PRU14 – Bung Moktar

IMG-20220919-WA0007.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

BUKIT GARAM : Rakyat diingatkan tidak mengulangi kesilapan seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga tiada satu parti pun yang dominan untuk menjadi kerajaan.

Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, kesilapan memilih itu menyebabkan ketidakstabilan politik negara sehingga sekarang.

Menurut beliau, keadaan itu bukan satu gambaran yang baik kerana kerajaan memerintah terumbang-ambing merencatkan pembangunan dan ekonomi negara yang mana rakyat menerima kesannya.

Bung berkata peluang sudah diberikan kepada parti lawan sehingga mereka boleh mengambil alih tampuk pemerintahan negara, namun apa yang mereka lakukan selama 22 bulan memerintah sehingga janji yang dicanangkan dalam manifesto gagal dilaksanakan, yang ada hanya dendam kesumat kepada pemimpin Umno/BN

Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan berkata menyedari episod hitam melanda negara selepas PRU14 ekoran ketidakstabilan politik, UMNO dan BN bertekad memastikan kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 nanti adalah sebuah kerajaan yang stabil demi kemakmuran dan kepentingan rakyatnya.

“Justeru untuk menang kita mesti berkerja cara menang bukanya melaksanakan tugas yang diamanahkan secara sambil lewa ,dekatilah ahli dan rakyat untuk menarik sokongan padu mereka kepada Umno dan Barisan Nasional semasa PRU Ke-15 yang kini di ambang pintu untuk diadakan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Bekelompok cawangan-cawangan Umno Zon Bukit Garam di dewan SMK Bukit Garam Kinabatangan di sini kelmarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Kinabatangan Datuk Jafry Arifin, Naib Ketua Bahagian Umno Kinabatangan Pg. Aziz Pg. Damsah Setiausaha Umno bahagian Kinabatangan Wad Daud Kahar, Ketua Penerangan Umno bahagian Kinabatangan Datuk OKK Titing Putang, Ketua Wanita Hajah Aminah Johan ,Ketua Pemuda Mohd Kurniawan Naim Bung dan Ketua Puteri Norhamiza Tinih.

Menurut Bung momentum ahli parti ketika ini adalah lebih baik dan meningkat jika dibandingkan diperingat awal ketika BN tewas dalam PRU14 dan ia seharusnya digunakan oleh jentera parti untuk terus menaikan semangat ahli.i.

“Kita bukan sahaja perlukan semangat, kita juga perlu strategi dan tindakan. Justeru cawangan ,wanita, pemuda dan puteri perlu mainkan peranan masing-masing, temui pengundi, anjurkan seberapa banyak program agar ahli lebih mesra dan dekat dengan parti,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top