Jangan tutup pintu pagar masjid, surau – Dr. Aliakbar

aliakbar.jpg

Dr Aliakbar (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pagar masjid dan surau disarankan untuk tidak dikunci bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat terutama bagi mereka yang bermusafir dan penghantar makanan, barangan dan pemandu e-panggilan (e-hailing).

Setiausaha PAS Sabah Dr. Aliakbar Gulasan berkata, pada cuti sekolah yang baru bermula, banyak aduan daripada orang ramai yang menyatakan kesukaran untuk singgah di masjid dan surau kerana pintu pagar dikunci.

“Ramai dalam kalangan mereka yang bercuti dan bermusafir tidak dapat singgah bersolat terutama pada waktu malam kerana pintu dikunci”, ulas Dr. Aliakbar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (Dilantik) menyeru semua umat Islam untuk terus mengimarahkan masjid dan surau.

Tambahnya, masyarakat disarankan untuk mengambil peluang memgikuti aktiviti yang dilaksanakan di masjid dan surau termasuk majlis ilmu yang lazim diadakan seperti kuliah subuh, zuhur, asar, maghrib, duha, kelas fardu ain, kelas pengajian al-Quran dan sebagainya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top