‘Jangan tukar jururawat di Sabah ke Semenanjung, Sarawak’ – James Ratib

nurse.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib meminta kerajaan mengekalkan jururawat yang bertugas di Sabah dan tidak ditukar ke Semenanjung atau Sarawak.

Beliau berkata, Sabah amat memerlukan lebih ramai jururawat untuk ditempatkan di hospital dan klinik di negeri ini.

“Saya maklumkan kepada menteri supaya jururawat yang sudah disahkan perjawatan mereka janganlah ditukar ke Semenanjung atau ke Sarawak sedangkan jururawat di Sabah ini pun kurang.

“Kalau mereka kata tiada kekosongan, mustahil tiada kosong di Sabah. Jadi saya minta supaya orang-orang Sabah kekal di Sabah, tukarlah ke tempat yang ada di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam di bawah kementeriannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu pada Isnin.

Sebelum itu, beliau diminta mengulas ucapannya berhubung isu kekurangan perjawatan bagi jururawat di Sabah ketika ini.

Tambah James lagi, beliau turut meminta supaya gred perjawatan yang ada di Sabah tidak di bawa ke Semenanjung atau ke negeri lain.

“Saya juga minta supaya jawatan-jawatan atau kemahiran yang ada di Sabah ini jangan di bawa ke Semenanjung, itu saya minta dengan mereka.

“Kecuali pakar-pakar yang susah itu mungkin boleh dipertimbangkan tetapi kalau seperti gred 52, 54, 48, 44 ini saya minta jangan ditarik ke Semenanjung, kekalkan di Sabah.

“Kalau ada pegawai yang pindah ke Semenanjung, pindah saja. Carilah gred di Semenanjung, kadang-kadang gred perjawatan yang sudah sah dibawa ke Semenanjung jadi kuranglah gred kita di Sabah ini,” katanya.

 

Berita asal: SINAR HARIAN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top