Jangan Tolak Mereka Yang Mahu Bersama, Namun Perlu Waspada – Anwar

anwar.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti itu supaya menerima mereka yang mempunyai kesediaan bersama namun pada masa sama perlu berhati-hati supaya tidak ditipu.

Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, Anwar dalam kuliah Zuhur yang disiarkan di Facebook berkata, saling memaafkan merupakan sifat mulia yang harus dimiliki oleh semua pihak.

“Kalau orang tu ada kesediaan bersama, jangan tolak. Tentu kita waspada (supaya) jangan ditipu, jangan dikhianati.

“Ini disebut akhlak, tawaduk, kemanusiaan, yang semakin defisit dalam kalangan orang politik, kadang orang korporat pun macam tu juga,” kata Anwar yang sebelum itu menyampaikan kuliah menyentuh kepimpinan Rasulullah.

Anwar yang baharu saja menang jawatan presiden PKR tanpa bertanding turut menolak tanggapan bahawa mereka yang sudah insaf dan kembali dengan perjuangan tidak boleh dimaafkan.

“Kadang-kadang (ada tanggapan) orang insaf dan patah balik tak boleh maafkan. Seolah-olah kita ini tak ada kesalahan, kecuaian.

“Seolah-olah kalau maafkan orang, seolah-olah menyingkir dan menidakkan kelompok lain. Saya tak tahu, kalau perkara saya belajar bukan (macam) tu,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top