Jangan Terlalu Desak PRU-15 Secara Terbuka – Mahdzir

mahdzir-khalid.jpg

PADANG TERAP 12 JUN 2018. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid. NSTP/AMRAN HAMID

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Akar umbi dan pimpinan UMNO tidak wajar mendesak pelaksanaan segera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) secara terbuka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata akar umbi parti itu perlu menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong yang berkuasa dalam menentukan perkenan pembubaran Parlimen, bagi membolehkan PRU-15 dilaksanakan.

Katanya, tidak sewajarnya polemik mengenai tarikh PRU-15 diwujudkan ketika ini, sebaliknya perlu dibincang di peringkat pemimpin UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Perkara berkaitan pilihan raya ini adalah benda besar. Hak pembubaran ini adalah hak Yang di-Pertuan Agong selepas Tuanku memperkenan apa yang dibawa oleh Perdana Menteri.

“Untuk sampai kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, boleh berbincang dengan Presiden UMNO dan kepimpinan parti. Kita bincang secara musyawarah bila sesuai untuk pilihan raya.

“Kita tak perlu timbulkan polemik bila nak buat PRU-15. Kita bincang dulu, bila dah setuju kita bawalah. Tak payah bising-bising, riuh rendah sekampung ini tak guna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan reruai Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

 

Sumber: BH

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top